Friday, November 15, 2013

KELEBIHAN GOLD BAR

KELEBIHAN DAN KEBURUKAN GOLD BAR BERBANDING BARANG KEMAS SEBAGAI EMAS PELABURAN

1. Harga Gold Bar biasanya lebih murah jika dibandingkan dengan harga barang kemas jadi ianya adalah emas pelaburan yang baik.
Gold Bar lebih mudah untuk disimpan berbanding barang kemas, bentuknya yang kecil dan simple membolehkan ianya disimpan mengikut kreativiti masing-masig asalkan iannya selamat dan tidak hilang.

2. Susut nilai Gold Bar biasanya lebih rendah jika dibandingkan dengan barang kemas kerana ianya adalah emas jenis solid dan berketulenan 999 (24 K).

3. Gold Bar juga lebih tahan lasak dan tidak mudah rosak seperti barang kemas, jadi nilai nya sentiasa dapat dikekalkan tanpa perlu bimbang susut nilai tambahan kerana kerosan seperti yang wujud pada barang kemas.

4. Perbezaan jual beli (spread gold bar) juga lebih rendah iaitu sekitar 5%-8% berbanding barang kemas sekitar 10% – 30%. perbezaan yang tinggi menyebabkan pelabur lambat mendapat keuntungan.

5. Dari segi target untuk jualan semula, gold bar lebih besar marketnya kerana pembeli boleh terdiri daripada kaum lelaki dan juga perempuan, sementara barang kemas biasanya target market lebih kepada kaum wanita.

6. Oleh kerana ianya bukanlah untuk tujuan perhiasan , pembeli tidak dapat merasai kepuasaan pemakaian sebagaimana barang kemas, ianya tidak boleh dipakai dan cuma dibeli untuk disimpan.

7. Jika dahulu Gold Bar boleh di gadai atau dipajak di arrahnu tetapi sekarang kebanyakan intitusi arrahnu tidak lagi menerima Gold Bar sebagai gadaian bagi mendapatkan tunai segera. Ini meyebabkan penyimpan Gold Bar tidak boleh memanipulasi arrahnu untuk mendapat tunai segera.

8. Walaupun pada dasarnya Gold Bar mempunyai spesifikasi berat dan ketulenan yang sama namun syarikat pengeluar biasanya membeli Gold Bar keluaran syarikat lain lebih rendah daripada Gold Bar keluaran syarikat mereka sendiri, jadi pembeli perlulah menjual kembali Gold Bar mereka kepada syarikat pengeluar bagi memaksimunkan keuntungan.

9. Gold biasanya didatangkan bersama sijil ketulenan dan no siri unik yang tersendiri, kehilangan sijil ketulenan boleh menyebabkan penyusutan harga Gold bar anda atau dikenakan penalti oleh syarikat pengeluar dan ianya mengurangkan keuntungan anda.

GCP ada menawarkan gold bar untuk tujuan simpanan dan pelaburan. Terdapat dalam variasi 1g, 10g, 20g, 50g dan 100g.

Gold bar yang dijual tidak dikenakan kos upah dan tidak mengikut harga seperti dikedai-kedai emas (harga FGJAM) sebaliknya ia mengikut turun naik harga pasaran emas global. Sebab itu harganya dikatakan antara yang termurah di pasaran. Harganya sentiasa berubah, 2 kali sehari iaitu pada jam 9.30am dan 4.30pm.

pm admin untuk keterangan lanjut




No comments:

Post a Comment